Pengucapan awam ringkas

Pengucapan awam ringkas

oleh Dr. Supyan Hussin © 2012

Rujuk Bab 1 (buku teks saya) untuk memahami jenis-jenis pengucapan awam: spontan/impropmtu, ekstemporanas, hafalan, manuskrip.

Panduan menyampaikan ucapan ringkas untuk majlis atau konteks pertemuan tertentu

Memperkenalkan pemidato atau orang lain

  • Dapatkan maklumat terkini mengenai diri pemidato
  • Sebutkan nama dan pangkat orang berkenaan
  • Sebutkan latarbelakang kejayaan, pengalaman, dan sumbangan beliau.
  • Pilihan: maklumkan tempoh masa ceramah, sesi soaljawab jika ada

Ucapan alu-aluan

  • Sebutkan nama-nama orang kenamaan, tuan rumah, dan hadirin mengikut tertibnya. Rujuk Bab 6 Menyampaikan pidato.
  • Mengalu-alukan kehadiran tetamu khas
  • Nyatakan tujuan majlis yang diadakan
  • Berikan latarbelakang atau maklumat terkini mengenai organisasi (dapatkan maklumat atau deraf pidato dari pihak urusetia)
  • Ucap terima kasih di atas kehadiran tetamu dan hadirin

Ucapanperasmian

  • Sebutkan nama-nama orang kenamaan, tuan rumah, dan hadirin mengikut tertibnya. Rujuk Bab 6 Menyampaikan pidato.
  • Ucap tahniah kepada penganjur.
  • Beri ulasan ringkas: sejarah organisasi, matlamat program (dapatkan maklumat atau deraf pidato dari pihak penganjur)
  • Doakan semoga program berjalan lancar dan  maju jaya.

Ucapanpenghargaan/terima kasih

  • Sebutkan nama-nama orang kenamaan, tuan rumah, dan hadirin mengikut tertibnya. Rujuk Bab 6 Menyampaikan pidato.
  • Nyatakan tujuan majlis yang diadakan

Ucapan tahniah

  • Sebutkan nama-nama orang kenamaan, tuan rumah, dan hadirin mengikut tertibnya. Rujuk Bab 6 Menyampaikan pidato.
  • Nyatakan tujuan pidato
  • Sebutkan kejayaan orang yang diraikan
  • Doakan orang yang diraikan

Ucapanbalas

  • Sebutkan nama-nama orang kenamaan, tuan rumah, dan hadirin mengikut tertibnya. Rujuk Bab 6 Menyampaikan pidato.
  • Rakamkan penghargaan dan terima kasih di atas majlis yang diadakan untuk meraikan diri anda.
  • Rakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak dan individu yang membantu  anda mencapai kejayaan.
  • Nyatakan anda sudi menerima anugerah atau kurniaan yang diberikan kepada anda.

Ucapan harijadi

  • Sebutkan nama-nama orang kenamaan, tuan rumah, dan hadirin mengikut tertibnya. Rujuk Bab 6 Menyampaikan pidato.
  • Ucapkan tahniah di atas sambutan hari jadi orang berkenaan
  • Doakan orang tersebut

Ucapan  perpisahan

  • Sebutkan nama-nama orang kenamaan, tuan rumah, dan hadirin mengikut tertibnya. Rujuk Bab 6 Menyampaikan pidato.
  • Nyatakan kebanggaan anda dan organisasi terhadap orang yang diraikan
  • Nyatakan kesedihan akan kehilangan/pemergian orang yang diraikan
  • Doakan orang yang diraikan

Ucapan persaraan

  • Sebutkan nama-nama orang kenamaan, tuan rumah, dan hadirin mengikut tertibnya. Rujuk Bab 6 Menyampaikan pidato.
  • Rakamkan saat-saat manis dan kebaikan serta jasa orang berkenaan ketika beliau berkhidmat dalam jabatan atau organisasi

Ucapan takziah

  • Sebutkan nama-nama orang kenamaan, tuan rumah, dan hadirin mengikut tertibnya. Rujuk Bab 6 Menyampaikan pidato.
  • Sebutkan kebaikan-kebaikan dan jasa si mati
  • Doakan jenazah: semoga Tuhan mengampunkan dosa-dosanya yang lalu; semoga beliau dimasukkan dalam golongan orang-orang yang baik.

Ucapan  mengiringi jenazah

  • Raikan hadirin  misalnya “tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian” dengan nada yang sesuai.
  • Nyatakan bahawa anda mewakili tuan rumah merakamkan penghargaan dan pidato terima kasih di atas kesudian orang ramai datang menziarahi jenazah dan menyempurnakan pengurusan jenazah
  • Mohon hadirin mengampun dosa atau kesalahan jenazah serta menghalalkan makan minum semasa beliau hidup
  • Mohon hadirin supaya menghubungi keluarga si mati sekiranya si mati ada berhutang yang perlu dilangsaikan
About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s