Pengucapan Awam dari perspektif Islam

PENGUCAPAN AWAM DARI PERSPEKTIF ISLAM: KONSEP DAN AMALAN

oleh Dr. Supyan Hussin © 2012

Kemahiran atau bakat pengucapan umum bukanlah sesuatu yang dilahirkan bersama seseorang da’i (pendakwah) sebaliknya kemahiran dan bakat pengucapan umum itu perlu dipelajari, diasah, dan dibentuk melalui proses pembelajaran dan pengalaman. Bagi sesorang penceramah yang terlibat dengan amal-amal Islami khususnya perlulah mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam pengucapan umum bagi memudahkan ia menyampaikan da’wah dengan lebih berkesan.

1. PENCERAMAH (DA’I)

Syarat- syarat yang perlu ada pada da’i :

  • Para penceramah hendaklah membulatkan niatnya kepada Allah semata-mata. Insya’Allah dengan ini ia akan menimbulkan rasa kesungguhan dan perasaan tanggungjawab dalam diri da’i untuk menyampaikan risalah yang telah diamanahkan oleh Allah SWT.
  • Seorang penceramah hendaklah menjadi model kepada orang ramai dengan mengamalkan segala yang diperkatakan. Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak perbuatnya? Amat besar kebencian di sisi Allah kerana kamu mengatkan sesuatu yang tidak kamu perbuat (As-Saff. 2-3).
  • Penceramah janganlah berputus asa apabila risalah yang disampaikannya mendapat tentangan atau cemuhan. Malahan, penceramah hendaklah beristiqamah dan meneruskan perjuangannya yang suci. Kadangkala ada orang yang lahirnya menentang risalah yang dibawa tetapi di dalam hatinya ia menerima akan kebenaran risalah yang disampaikan.
  • Apabila memberi ceramah para penceramah hendaklah memahami dan mampu menguasai topik atau risalah yang hendak disampaikan.
  • Penceramah juga perlu ingat bahawa sesuatu penyampaian yang baik itu tidak semestinya meninggalkan kesan yang baik dalam diri mad’u (hadirin/pendengar) tanpa keizinan dan petunjuk daripada Allah. Firman Allah SWT (yang bermaksud): Dia Allah memberi hidayah (petunjuk kepada siapa yang dikehendakinya ke jalan yang lurus. (AI-Baqarah:142)

Penceramah perlu memahami bahawa kredibiliti atau kewibawaan diri seseorang penceramah bukanlah berdasarkan nilaian penceramah itu sendiri, tetapi kredibilitinya adalah berdasarkan nilaian para hadirin. Oleh itu penceramah hendaklah mempunyai sikap tawadhu’ dan tidak memandang rendah terhadap hadirin. Penceramah tidak harus merasa ujub, bongkak, sombong, dan hidung tinggi biarpun penceramah itu mempunyal pangkat, kuasa, harta, ijazah, ilmu, atau kebolehan bercakap di khalayak ramai.

2. HADIRIN (MAD’U)

Meneliti latarbelakang hadirin/pendengar (audience analysis)

A. Adalah perlu bagi penceramah untuk mengetahui latarbelakang para hadirinnya. Bagi tujuan tersebut satu analisa hadirin boleh dilakukan. Tujuan analisa tersebut adalah untuk:

  • mengetahui sifat, sikap dan tahap fikrah hadirin, dan kecenderungan ahli masyarakat setempat dengan membuat analisa demografik contohnya umur, jantina, bekerja atau belajar, orang bandar atau orang kampung, Muslim atau bukan Muslim dan asal-usul hadirin.
  • mendapat laporan mengenai pandangan hadirin terhadap topik atau yang ingin disampalkan.
  • tahu menangani hadirin yang ”terpaksa” dan hadirin sukarela

B. Tiga faktor yang boleh mempengaruhi persepsi hadirin terhadap kredibiliti atau kewibawaan penceramah ialah :

a. personaliti dan perwatakan yang menarik (ethos)

  • kelihatan kemas
  •  kelihatan peramah atau sedia mendengar
  • cara berjalan dan berinteraksi yang sopan dan tidak sombong menepati masa
  • arif dalarn bab yang dibicarakan/disampaikan

b. kemampuan membentuk dan mengawal emosi hadirin (pathos)

  • menghargai kehadiran pendengar
  • menjaga kebajikan hadirin ketika berceramah
  • mampu menguasai hadirin khusus apabila hadirin datang secara sukarela boleh mengawal perasaan hadirin

c. pengolahan bahasa yang baik dalam penyampaian (logos)

  • bahasa yang kemas, menarik dan mudah difahami oleh hadirin
  • bahasa yang peramah
  • bahasa yang sesuai dengan hadirin
  • penggunaan retorik dan logik yang sesuai dengan hadirin
  • kandungan yang berasaskan fakta dan ilmu serta contoh-contoh yang jelas

3. TOPIK (MAUDHU’ )

Topik, isu,  perkara, atau risalah yang ingin disampaikan

  • Topik’ hendaklah dipilih berdasarkan kepada penilaian situasi semasa, kesesuaian tempat, kepentingan hadirin, tahap mentalit hadirin.
  • Antara rujukannya hendaklah diambil daripada AI-Quran, Hadith, Seerah, buku-buku yang ditulis oleh ulama yang muktabar, statistik akhbar, majalah, ceramah- ceramah, kertas-kertas kerja dan laporan-laporan dari simposium dan seminar.
  • Setiap kenyataan yang bersifat prinsip hendaklah disokong dengan ayat-ayat AI-Quran, hadith-hadith yang sahih, seerah nabawiyyah, kisah para sahabat, pendapat para fuqaha’dan penglaman para penceramah itu sendiri.
  • Perkaitan antara satu isi dengan satu isi yang lain adalah juga penting bagi menghasilkan satu pengaliran idea yang tersusun.

 

4. JENIS PENYAMPAIAN

  • Penyampaian yang berbentuk penerangan atau mendidik (informative, educational) seperti kuliah ilmu atau kuliah umum. Penyampaian boleh dibuat dalam bentuk impromptu dan bersahaja dengan menggunakan nota atau buku atau kitab sebagai panduan. Elakkan dari penyampaian berbentuk ucapan spontan atau ucapan hafalan atau membaca manuskrip semata-mata.
  • Penyampaian dalam bentuk perbincangan (discussion) seperti usrah, simposium, seminar, forum, halaqah, muzakarah.
  • Penyarnpaian yang berbentuk syarahan umum (public oration) seperti qutbah Jumaat, ceramah umum dan ceramah tertutup.

5. CARA PENYAMPAIAN

  1. Penyediaan: rangka penyampaian
  2. Bahasa atau lisan (verbal)
  3. Gaya atau bukan lisan (nonverbal)
  4. Peralatan alat-bantu (audio-visual aids)

A. Penyediaan: mukaddimah, isi kandungan topik, penutup
Muqaddimah:

  • Menarik dan mengekalkan perhatian hadirin: mulakan memberi salam; diikuti dengan puji-pujian kepada Allah, selawat atas nabi, menyatakan kesyukuran kepada Allah, dan memohon petunjuk; disusuli dengan alu-aluan kepada tetamu, tuan rumah, pengajur, dan para hadhirin dengan mengikut tertibnya.
  • Menimbulkan dan menjalin perhubungan yang baik antara hadirin dengan topik  atau isu yang disampaikan. Hargai kehadiran hadirin.
  • Mewujudkan pertalian di antara penceramah dengan topik atau isu yang akan dibawa.
  • Menolong atau menyenangkan hadirin mengetahui cara penyusunan isi kandungan penyampaian.
  • Perlu menjelaskan kenapa topik atau isu yang ingin disampaikan itu adalah penting.

Isi kandungan

  • Topik’ mengandungi risalah yang ingin disampaikan dan dibincangkan dengan panjang lebar. lanya mcrupakan isi yang penting dalam rangka. (sila lihat bahagian topik’)

Penutup: (Tujuan)

  • Membuat kesimpulan terhadap apa yang disampaikan.
  • Mengingatkan hadirin mengenai isi-isi penting yang telah disampaikan.
  • Langkah-langkah yang perlu diarnbil olch hadirin setelah tamat penywnpaian.
  • Menutup ceramah atau syarahan dengan penuh tawadhu’: mohon keampunan; yang baik dan benar itu dari Allah, manakala yang salah dan lernah itu adalah dari diri sendiri dalam rnenyarnpaikan risalah; mohon rnaaf sekiranya terkasar bahasa; memohon petujuk dan rahmat dari Allah untuk diri sendiri dan hadirin seluruhnya; memberi salan.

B. Bahasa atau lisan (verbal)

  • Menggunakan bahasa perantaraan yang mudah difahami oleh hadirin atau sesuatu kaum. Firman Allah SWT (yang bermaksud): Tiada kami mengutus rasul-rasul itu melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya dia dapat menerangkan kepada mereka (Ibrahim: 4)
  • Menggunakan istilah yang jelas dan mudah difahanii, yang tidak mengelirukan atau meragukan dalam makna yang dibawanya.
  • Menghindarkan dari daripada menggunakan perkataan-perkataan yang boleh menimbulkan takabbur dalam diri penceramah.
  • Menghindarkan dari daripada menggunakan perkataan-perkataan yang membawa erti paksaan, hinaan, ancaman, gertakan atau menunjukkan kelebihan diri penceramah itu.
  • Menggunakan kata-kata yang lemah lembut sehingga menimbulkan kesan yang mendalam dalam hati hadirin. Contohnya: Penggunaan “Ya ayahku” oleh Nabi Ibrahim: Ketika ia berkata kepada ayahnya, Ya ayahku, mengapa engkau menyembah sesuatu.yang tiada mendengar dan tiada melihat dan tidak dapat menolong engkau sedikit pun? Maryam: 2) Penggunaan “Hai kaumku” seru Nabi Hud  kepada kaum ‘Ad kami utuskan seorang saudara bemama Hud, seraya berkata: Hai kaumku, sembahlah Allah, tiadalah kamu berilah selain daripadanya. Mengapakah kamu tiada menaruh taqwa? (AI-Araf: 65)
  • Namum demikian kata-kata yang lembut tidak sepatutnya mengkaburi yang haq. Dalam beberapa keadaan (bergantung kepada situasi, topik dan iisu), penceramah perlu menggunakan kata-kata yang padat, kukuh, dan tegas.

Penceramah haruslah menggunakan bahasa pereakapan yang biasas (natural) dan bukannya bahasa penulisan atau bahasa yang dibuat-buat.Penceramah harus menggunakan pendekatan retorik dan logik yang sesuai:

  • Deduktif: berhujjah dengan membawa perkara yang umum/besar dan kemudian membawa perkara yang kecil/khusus
  • Induktif: berhujjah dengan membawa perkara yang kecil/khusus dan kemudian membawa perkara yang umum/besar
  • Organisasi: elakkan ayat-ayat tergantung atau tidak lengkap, jalan cerita yang tidak tersusun; gunakan perkataan yang menyambung ayat-ayat seperti walaubagaimanapun, begitu juga, malahan juga, bukan sahaja … tetapi juga, lebih-lebih lagi, pada prinsipnya, peratana, kedua, ketiga dan seumpamanya bagi mengukuhkan ayat-ayat dan hujjah.

C. Gaya atau bukan lisan (non-verbal)

Gaya dan cara penyampaian yang bijak akan menolong hadirin (pendengar) memahami risalah yang ingin disampaikan. Penyampaian yang baik harus disertai dengan emosi serta semangat yang tinggi. Ini dapat dilakukan melalui:

  • Gaya pergerakan anggota badan (gestures)
  • Pergerakan yang semula jadi (postures)
  • Memek muka atau air muka (facial expressions)
  • Temuan mata (eye contacts)
  • Penggunaan ruang yang sesuai (proximity)
  • Suara yang jelas, mudah di dengar dan tidak satu nada
  • Kelancaran (fluency); tidak laju atau perlahan serta tidak terganggu dengan err…hmmm..ok…maknanya…apa nama…dsb
  • Pakaian (attire) yang sesuai

Walau bagaimanapun, gaya ini tidaklah sampai keterlaluan sehingga menampakkan ianya dibuat-buat. Gaya hendaklah lahir dari keikhlasan yang mendalam. Pergerakan yang tidak perlu seperti menggosok hidung, menggaru-garu, menyimpan tangan dalam poket, berpeluk tubuh, bergerak jauh dari alat pembesar suara, menarik-narik baju, atau bergayut tangan pada rostrum atau podium.

 

D. Alat-bantu (visual aids)

Alat pernbesar suara dan sistem P.A. yang baik perlu disediakan bagi sesuatu ceramah atau syaralm yang tnelibatkan hadirin yang ramai dan di tempat yang luas.

Penceramah juga digalakkan menggunakan peralatan alat-bantu seperti papan hitam/putih, poster, slide, video, overhead projector, komputer, kertas edaran, LCD, dan seumpamanyanya bersesuaian dengan topik atau isu, tempat, hadirin, dan suasana. Penceramah harus mempunyai kemahiran menggunakan peralatan yang heandak digunakan.

Kesemua peralatan hendaklah diuji dahulu sebelum memulakan ceramah atau penyampaian untuk memastikan ianya berfungsi dengan baik.

 

6. GANGGUAN

Tumpuan hadirin kepada ceramah atau syarahan yang diberikan boleh terjeas apabila berlaku gangguan. Gangguan ini boleh dibahagikan kepada 2: dalaman dan luaran.

  • dalaman: gementar (nervous), hilang point/idea, perdebatan mental, risau/bimbang
  • luaran: suasana yang bising, papan hitam yang kotor, baju terkena tumpahan air kopi, orang melintas, bunyi muzik, pakaian yang tidak kemas, dan penggunaan perkataan seperti err, hmmm, ok.

Penceramah hendaklah berusaha mengelakkan kedua-dua gangguan ini sebaik mungkin. Bagi perkara yang boleh dikawal seperti gangguan dalaman, penceramah perlulah memastikan persediaan dibuat lebih awal seperti berlatih berucap, membuat kajian menangani topik atau isu yang akan disampaikan, menyediakan nota jika perlu, dan merancang sesuatu yang boleh menghilangkan atau meminimakan rasa gementar. Bagi aspek gangguan luaran pula, penceramah bolehlah mendapatkan bantuan penganjur atau tuan rumah bagi meminimakan gangguan.

 

7. INTERAKSI SOALJAWAB

Kebiasaannya interaksi dengan hadirin atau penonton hanya berlaku dalam kuliah, diskusi, dan forum dan jarang berlaku dalam syarahan atau ceramah umum. Walaubagaimanapun, apabila berinteraksi dengan hadirin, beberapa perkara di bawah perlu diberi perhatian:

  • pastikan penceramah mendengar soalan, komen, atau ulasan hadirin dengan jelas
  • kumpulkan soalan jika inasa terhad kerana ini niemudahkan penceramah merumuskan banyak perkara dan memberi maklumbalas secara menyeluruh
  • catitkan soalan, komen, reaksi atau ulasan supaya memudahkan penceramah untuk memberi inaklumbalas satu-persatu.
  • penceramah tidak perlu memberi reaksi kepada semua komen atau ulasan tetapi penceramah perlu menjawab persoalan yang dikemukakan.
  • penceramah tidak perlu segan untuk mengaku tiada pengetahuan atau tiada jawapan kepada persoalan yang dikemukakan.

8. LAIN-LAIN

Jangan berucap terlalu panjang tanpa meninggalkan mana-mana aspek yang penting.

Cara penyampaian harus berbeza menurut taraf pemahaman, ilmu dan amal hadirin. Seseorang penceramah harus mempertimbangkan keupayaan hadirin untuk mencrima penyampaiannya. Sekiranya penceramah mendapati bahawa hadirin telah letih atau bosan dan tidak berupaya lagi untuk menerima atau mendengar, penceramah hendaklah meringkaskan penyampaiannya atau berhenti sebentar untuk berehat.

Penceramah hendaklah mempunyai sifat tawadhu’ (merendah diri) apabila menyampaikan risalah, topik atau isu. Sekurang-kurangnya penceramah meletakkan diri pada taraf yang sama dengan hadirinnya dari segi pemahaman, ilmu dan amal. Jangan sekali-kali membiarkan perhubungan “guru-murid” meresap ke dalam hati hadirin, kecuali memang benar penceramah adalah seorang tok guru atau ulama. Perasaan mereka perlu dihormati, jangan sampai mereka lari dari haq.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan janganlah memaki-maki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain dari Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. AI-An’am: 108.

Penceramah juga perlu bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan:

  • Tiada bekalan letrik
  • Alat pembesar suara tidak berfungsi dengan baik
  • Bilangan hadirin hadirin terlalu sedikit atau terlalu ramai melimpah ruah
  • Nota ucapan tertinggal atau tidak tersusun
  • Terlupa apa hendak diperkatakan; hilang idea di pertengahan ucapan
  • Tetamu yang tidak dijangka turut hadhir
  • Pakaian yang tidak sesuai
  • Penceramah hendaklah menjaga masa dalam penyampaian.
  • Penceramah perlu sensitif terhadap suasana persekitaran dan keadaan hadirin ketika menyampaikan ucapan.

 
9. KESIMPULAN

Penceramah perlu memahami bahawa kemahiran pengucapan umum adalah sesuatu yang boleh dipelajari dan perlu dibentuk serta dimatapkan agar penyampaiannya memberi kesan kepada pendengar atau hadirin. Oleh kerana masa penyampaian agak terhad, maka penceramah haruslah membuat persediaan awal dengan melaksanakan beberapa perkara yang disebutkan di atas supaya pengucapan umum itu akan meninggalkan sesuatu yang bermakna kepada sesuatu majlis. Penceramah juga perlu memahami bahawa keikhlasan dalam penyampaian dan mempraktikkan sesuatu yang diperkatakan dalam kehidupan akan memberikan roh kepada penyampaian kita. Akhir sekali, walaubagaimana hebat sekalipun penyampaian pengucapan umum yang diberikan, hanya Allah sahajalah yang dapat memberi petunjuk dan hidayah kepada para hadirin.

Advertisements

6 comments on “Pengucapan Awam dari perspektif Islam

    • Wa’alikum salam. Amat penting pengucap awam mematuhi etika yang digariskan dalam pengucapan awam.

      Apabila pendengar atau penonton hadiri pengucapan awam kita, sudah pasti mereka mengharapkan pengucap awam menghormati nilai budaya dan norma masyarakat serta adab dalam bercakap dan berinteraksi.

    • Etika adalah garis panduan akhlak. Etika digariskan mengikut keperluan dalam satu-satu konteks. Etika dalam pengucapan menggariskan perbuatan dan sikap yang “boleh” dan “tidak boleh”. Misalnya pengucap awam harus berpakaian yang kemas dan tidak menjolok mata, tidak menggunakan perkataan yang boleh dianggap menghina satu-satu kaum atau agama. Ini adalah antara etika.

      Manakala akhlak di dalam Islam bersandarkan kepada aqidah dan dicantikkan dengan tasawuf. Akhlak dibina dan dipupuk dalam diri manusia suapa sebati dan menjadi satu penghayatan dalam hidup pengucap awam. Antara akhlak yang baik ialah menjauzi sifat-sifat mazmumah seperti dengki, sombong, bongkak, ujub, angkuh, cepat panas baran, gila pangkat, gila pujian dll. Apabila etika pengucapan awaam digariskan dengan jelas dalam konteks pengucapan awam, maka ia melengkapkan akhlak diri pengucap awam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s