Apa beza mengajar dengan melatih? (Teaching vs Training)

oleh Dr. Supyan Hussin © 2012

Mengajar tidak sama dengan melatih walaupun di sana terdapat beberapa unsur yang sama. Unsur-unsur ini bertindan antara satu sama lain menyebabkan mengajar dan melatih bukan dilihat sebagai satu dikotimi tetapi pelengkap antara satu sama lain. Bagaimanapun, ia adalah wajar kita ketahui beberapa perbezaan kecil antara keduanya.

Ada orang yang sudah mengajar bertahun-tahun dan mula terlibat dalam melatih orang lain akan terbawa-bawa dengan gaya dan pendekatan pengajarannya.   Ada orang yang sudah lama terlibat dalam melatih pelbagai kelompok orang serta organisasi dan di pelbagai tempat tetapi tidak pasti apakah pendekatannya yang digunakannya bersandarkan kepada ilmu dan model melatih manusia. Jadual di bawah menunjukkan perbezaaan antara mengajar dan melatih orang lain.

Mengajar

  1. Peserta homogenous, pelajar
  2. Pengajar, pensyarah
  3. Ceramah, syarahan, kuliah
  4. Lebih kepada satu hala
  5. Konsepsual
  6. Banyak verbal dari amali (80%:20%)
  7. Fokus pada menyampai
  8. Kurang interaksi

 

Melatih

  1. Peserta heterogenos
  2. Pemudahcara,moderator
  3. Perbicangan, demo, amali
  4. Lebih banyak dua hala
  5. Opersional/amali
  6. Kurang vebal, banyak diskusi,  amali (20%:80%)
  7. Fokus pada membimbing
  8. Banyak interaksi

 

Apabila kita mengajar, kita berdepan dengan kelompok pelajar yang mempunyai ciri-ciri yang sama (homogenous) dan merupakan ‘captive audience’.  Mereka hadir ke kuliah atau tutoran kerana ada elemen insentif dan denda. Mereka mendengar kuliah dan kadang kala tidak sempat bertanya kerana tenaga pengajarnya lebih banyak berkomunikasi satu hala dan kurang berinteraksi.  Apa yang disampaikan lebih bersifat konsepsual atau abstrak.  Penyampaian dalam pengajaran lebih berfokus kepada verbal dan bukan amali. Oleh kerana masa mengajar agak terhad, maka apa yang disampaikan juga terhad dan peranan tenaga pengajar  adalah sebagai penyampai.

Berbanding dengan sesi latihan, pesertanya terdiri dari pelbagai kelompok, umur,  dan tahap (heterogenous).  Sebahagian peserta latihan bersifat ‘captive’ dan juga yang ‘voluntary’.  Ada yang mengikuti latihan kerana arahan dari pihak atas, syarat naik pangkat, atau untuk mencari dan meningkat kemajuan diri.  Jurulatih seharusnya lebih banyak ‘melatih’ daripada ‘mengajar’; lebih banyak membimbing, menunjuk, dan memahirkan peserta daripada mendedahkan ilmu,  idea atau maklumat sahaja; lebih banyak interaksi dua hala daripada satu hala; lebih banyak tugasan kecil dan berkumpulan yang memberi peluang kepada peserta untuk terlibat secara aktif dan bukan duduk diam sepanjang waktu semasa mengikuti sesi latihan.

Peranan tenaga pengajar semasa sesi mengajar ialah sebagai guru atau penyampai atau penceramah. Bagaimanapun, seseorang tenaga pengajar boleh memainkan peranan lain sepanjang sesi akademi sebagai pemudahcara, pengurus, moderator, pembimbing dan kaunselor. Tempoh masa bagi tenaga pengajar berhadapan dengan pelajar adalah panjang dan mereka mempunyai banyak masa; oleh itu, semasa sesi mengajar, mereka akan berfokus kepada menyampai dan mengajar.

Tetapi jurulatih tidak punya banyak masa untuk mengajar kerana masa bagi melatih adalah pendek. Oleh itu jurulatih perlu lebih banyak membimbing, membuat demo, memudahcara, membantu, dan menyelia.

Tidak hairan kita mendengar ada peserta telah mengikuti sesi latihan memberi komen atau maklumbalas kepada pengajur bahawa ada jurulatih/penceramah

  • lebih banyak ceramah satu hala
  • membosankan
  • syok sendiri
  • suara tidak jelas
  • laju sangat
  • slaid tidak membantu pemahaman
  • tidak dinamis
  • suara mendatar
  • lebih banyak berada di podium
  • tidak menarik perhatian
  • bahasa bercampur aduk macam rojak
  • tidak ada aktiviti
  • buang masa dengar ceramah
  • …dan pelbagai lagi yang sering kita dengar

Bagi meningkatkan kualiti pengajar dan jurulatih, kedua-duanya  harus menguasai kemahiran pengucapan awam, komunikasi interpersonal, penggunaan alat bantu, dan teknik menangani gelagat pelajar atau peserta. Tren masa kini juga memerlukan kedua-dua pengajar dan jurulatih menguasai kemahiran ICT yang boleh diekploitasi dalam sesi pengajaran dan latihan. Di dalam pengajaran, penggunaan deria lebih terhad kepada deria lihat dan deria dengar tetapi dalam sesi latihan, hampir kesemua deria (lihat, dengar, rasa, bau, dan sentuh) perlu digunakan bagi memastikan sesi latihan yang bersifat ‘experiential learning’  itu dinamis, menarik, dan menyeronokkan kerana ia akan membantu peserta mengingat lebih lama apa yang mereka perolehi dari sesi latihan.

Sebahagian tip dalam pengucapan awam, komunikasi interpersonal, penggunaan alat bantu, dan teknik menangani gelagat peserta boleh dirujuk dalam buku Kecemerlangan Dalam Pengucapan Awam. http://supyanhussin.wordpress.com/2009/05/26/pengucapan-awam-public-speaking/

Di dalam sesi mengajar dan melatih, ada 4 proses yang mesti berlaku tetapi tempoh prosesnya berbeza dalam sesi mengajar dan melatih:

Dalam proses pertama, kita mendedahkan atau memperkenalkan konsep, idea, katakunci sesuatu yang telah dirancang untuk disampaikan. Dalam pengajaran, masa yang diambil untuk laksana proses ini agak  ’panjang’.  Manakala, dalam sesi latihan, masa yang diambil untuk proses ini adalah lebih pendek.

Dalam proses kedua, kita membimbing pelajar/peserta untuk memahami dan menguasai konsep, idea, katakunci yang diperkenalkan melalui latihan ringkas atau sesi soal jawab.  Masa bagi proses ini lebih pendek dalam sesi pengajaran tetapi lebih sederhana panjang dalam sesi latihan.

Dalam proses ketiga, kita melatih-tubi pelajar/peserta untuk menguasai konsep, idea, katakunci melalui amali dan latihan secara kendiri atau kolaboratif (berkumpulan) yang terlibat dalam aktiviti ‘problem-based learning’  di mana mereka akan terlibat secara langsung berasaskan ‘experiential learning’.  http://supyanhussin.wordpress.com/?s=problem+based+learning. Dalam sesi latihan, masa untuk melatihtubi adalah lebih panjang dan lebih lama daripada sesi pengajaran.

Dan proses terakhir, iaitu yang ke empat ialah ujian. Dalam pengajaran, ujian dibuat secara formatif  (berterusan, berkala) dan sumatif (menyeluruh di akhir sesi).  Manakala dalam latihan, proses ujian tidak dibuat secara khusus. Ada ujian dalam sesi latihan dijalankan dalam sesi refleksi pada hari akhir latihan, ada juga ujian dalam bentuk peperiksaan ringkas, dan ada juga tugasan yang diberikan kepada peserta dan peserta boleh menghantar hasil tugasan beberapa hari atau minggu selepas sesi latihan berakhir.

Pengajar dan jurulatih harus ambil perhatian dalam mengajar/melatih orang dewasa. Kita lihat apa kata pakar dalam hal ini

——————Teori Andragogi ————

Knowles’ theory of andragogy can be stated with six assumptions related to motivation of adult learning:

  1. Adults need to know the reason for learning something (Need to Know)
  2. Experience (including error) provides the basis for learning activities (Foundation).
  3. Adults need to be responsible for their decisions on education; involvement in the planning and evaluation of their instruction (Self-concept).
  4. Adults are most interested in learning subjects having immediate relevance to their work and/or personal lives (Readiness).
  5. Adult learning is problem-centered rather than content-oriented (Orientation).
  6. Adults respond better to internal versus external motivators (Motivation).

——-Nota: lihat Pedagogy vs Andragogy dalam weblog ini. ——–

Lihat info tambahan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s