Pembukaan dan Penutup ucapan

oleh Dr. Supyan Hussin © 2012

Pembukaan dan penutup ucapan lazimnya mengambil masa yang amat pendek dan ia dilakukan dengan ringkas.

Dalam pembukaan ucapan, anda hanya perlu ucap selamat, wujudkan hubungan mesra anda dengan pendengar, nyatakan tujuan ucapan, dan berikan kerangka ucapan.

Dalam penutup ucapan, sebutkan anda akan akhiri ucapan anda, imbas semula apa yang telah disampaikan, berikan ingatan atau nasihat, dan ucap selamat.

Advertisements