Memahami maksud skor Borang PRCA 25 Tahap Fobia

oleh Dr. Supyan Hussin © 2012

Bagaimanakah anda tahu samada anda tidak gentar atau tidak takut atau tidak gusar apabila berucap di khalayak ramai. McCroskey (1980) mengemukakan satu borang soalselidik bagi menilai akan keyakinan diri seseorang dalam Public Speaking. Anda mungkin ingi tahu sejauh manakah keyakinan diri anda mampu untuk berkomunikasi  dikhalayak ramai. Sila rujuk lampiran 1 untuk borang soalselidik berkenaan.

Setelah anda menjawab soalan-soalan yang dikemukakan, anda diminta untuk mengira berapa jumlah markah yang ada dapat. Caranya adalah seperti berikut

  1. Campurkan markah yang dapat pada soalan-soalan:1, 3, 5, 8, 9, 12, 13, 15, 16, 19, 20, 22, dan 24
  2. Campurkan markah yang anda dapat pada soalan-soalan: 2, 4, 6, 7, 10, 11, 14, 17, 18, 21, 23 dan 25.
  3. Lengkapkan formula ini: 84 – (jumlah dari “A”) + (jumlah dari “B”)

Setiap soalan mengandungi 5 pemberat di mana skala 1 menunjukkan kurang takut, manakala skala 5 menunjukkan amat takut. Jumlah markah adalah di antara 25 hingga 125.

McCroskey (1980) menggariskan jika skor anda adalah di antara 60 dan 70, anda dianggap termasuk dalam golongan orang-orang yang sederhana bimbang. Jika anda memperolehi skor antara 70 hingga 80, anda mempunyai rasa takut dan gugup. Jika anda mendapat skor melebihi 80, memang jelas anda mempunyai masalah takut yang serius. Bagaimanapun jika anda memperolehi skor di bawah 60, anda dianggap sebagai orang yang tenang, tidak merasa takut, dan boleh mengawal diri anda dengan baik apabila untuk berucap di khalayak ramai.

Jika anda sudah tahu kedudukan anda dari sudut keyakinan diri anda berucap di khalayak ramai, maka anda perlu mengambil langkah-langkah tertentu untuk memperbaiki keyakinan diri anda.

McCroskey juga ada menyediakan borang-borang soalselidik yang lain bagi menguji tahap akan keyakinan diri seseorang untuk berkomunikasi dalam kumpulan kecil dan Public Speaking.  Bagaimana pun penulis berpendapat soalselidik yang dipilih untuk tujuan buku ini adalah lebih sesuai. Anda boleh melawat laman web di bawah ini untuk melihat borang-borang soalselidik yang lain.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s