Pengucapan awam dalam bentuk tazkirah

  • Memberi tazkirah adalah satu bentuk pengucapan awam. Dalam penyampaian tazkirah awam ini, terdapat 3 bahagian: pengubatan, isi, dan penutup.
  • Mulakan dengan ucapan aluan seperti selawat dan salam
  • Ucap terima kasih kepada penganjur
  • Ucap terima kasih dan penghargaan kepada hadirin
  • Nyatakan tujuan pertemuaan
  • Ajak peserta bersama untik menghayati kandungan yang ingin disampaikan

Menangani tekanan sebelum berucap

oleh Dr. Supyan Hussin © 2012

Apabila anda merasa takut atau gementar untuk berucap, maka anda akan menjadi panik dan gugup. Suara anda menjadi terketar-ketar; peluh anda terpercik di dahi dan tengkuk; malah peluh juga turut keluar pada tapak tangan dan seluruh badan. Kadangkala ia boleh menjejaskan imej anda jika anda tidak tahu bagaimana  menangani tekanan ini.

Pada kebiasaannya, hadirin tidak tahu dan tidak dapat mengesan jika anda gementar ketika hendak memberi ucapan.  Malah dalam banyak situasi, hadirn tidak berminat untuk tahu samada anda takut atau berani, tetapi mereka ingin tahu apa yang anda ingin sampaiakan dalam ucapan anda. Oleh itu penceramah tidak harus menunjukkan kegugupannya sendiri.

Bagaimana membina keyakinan diri? Huraian dalam Bab 9

Pengucapan awam ringkas

Pengucapan awam ringkas

oleh Dr. Supyan Hussin © 2012

Rujuk Bab 1 (buku teks saya) untuk memahami jenis-jenis pengucapan awam: spontan/impropmtu, ekstemporanas, hafalan, manuskrip.

Panduan menyampaikan ucapan ringkas untuk majlis atau konteks pertemuan tertentu

Memperkenalkan pemidato atau orang lain

  • Dapatkan maklumat terkini mengenai diri pemidato
  • Sebutkan nama dan pangkat orang berkenaan
  • Sebutkan latarbelakang kejayaan, pengalaman, dan sumbangan beliau.
  • Pilihan: maklumkan tempoh masa ceramah, sesi soaljawab jika ada

Ucapan alu-aluan

  • Sebutkan nama-nama orang kenamaan, tuan rumah, dan hadirin mengikut tertibnya. Rujuk Bab 6 Menyampaikan pidato.
  • Mengalu-alukan kehadiran tetamu khas
  • Nyatakan tujuan majlis yang diadakan
  • Berikan latarbelakang atau maklumat terkini mengenai organisasi (dapatkan maklumat atau deraf pidato dari pihak urusetia)
  • Ucap terima kasih di atas kehadiran tetamu dan hadirin

Ucapanperasmian

  • Sebutkan nama-nama orang kenamaan, tuan rumah, dan hadirin mengikut tertibnya. Rujuk Bab 6 Menyampaikan pidato.
  • Ucap tahniah kepada penganjur.
  • Beri ulasan ringkas: sejarah organisasi, matlamat program (dapatkan maklumat atau deraf pidato dari pihak penganjur)
  • Doakan semoga program berjalan lancar dan  maju jaya.

Ucapanpenghargaan/terima kasih

  • Sebutkan nama-nama orang kenamaan, tuan rumah, dan hadirin mengikut tertibnya. Rujuk Bab 6 Menyampaikan pidato.
  • Nyatakan tujuan majlis yang diadakan

Ucapan tahniah

  • Sebutkan nama-nama orang kenamaan, tuan rumah, dan hadirin mengikut tertibnya. Rujuk Bab 6 Menyampaikan pidato.
  • Nyatakan tujuan pidato
  • Sebutkan kejayaan orang yang diraikan
  • Doakan orang yang diraikan

Ucapanbalas

  • Sebutkan nama-nama orang kenamaan, tuan rumah, dan hadirin mengikut tertibnya. Rujuk Bab 6 Menyampaikan pidato.
  • Rakamkan penghargaan dan terima kasih di atas majlis yang diadakan untuk meraikan diri anda.
  • Rakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak dan individu yang membantu  anda mencapai kejayaan.
  • Nyatakan anda sudi menerima anugerah atau kurniaan yang diberikan kepada anda.

Ucapan harijadi

  • Sebutkan nama-nama orang kenamaan, tuan rumah, dan hadirin mengikut tertibnya. Rujuk Bab 6 Menyampaikan pidato.
  • Ucapkan tahniah di atas sambutan hari jadi orang berkenaan
  • Doakan orang tersebut

Ucapan  perpisahan

  • Sebutkan nama-nama orang kenamaan, tuan rumah, dan hadirin mengikut tertibnya. Rujuk Bab 6 Menyampaikan pidato.
  • Nyatakan kebanggaan anda dan organisasi terhadap orang yang diraikan
  • Nyatakan kesedihan akan kehilangan/pemergian orang yang diraikan
  • Doakan orang yang diraikan

Ucapan persaraan

  • Sebutkan nama-nama orang kenamaan, tuan rumah, dan hadirin mengikut tertibnya. Rujuk Bab 6 Menyampaikan pidato.
  • Rakamkan saat-saat manis dan kebaikan serta jasa orang berkenaan ketika beliau berkhidmat dalam jabatan atau organisasi

Ucapan takziah

  • Sebutkan nama-nama orang kenamaan, tuan rumah, dan hadirin mengikut tertibnya. Rujuk Bab 6 Menyampaikan pidato.
  • Sebutkan kebaikan-kebaikan dan jasa si mati
  • Doakan jenazah: semoga Tuhan mengampunkan dosa-dosanya yang lalu; semoga beliau dimasukkan dalam golongan orang-orang yang baik.

Ucapan  mengiringi jenazah

  • Raikan hadirin  misalnya “tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian” dengan nada yang sesuai.
  • Nyatakan bahawa anda mewakili tuan rumah merakamkan penghargaan dan pidato terima kasih di atas kesudian orang ramai datang menziarahi jenazah dan menyempurnakan pengurusan jenazah
  • Mohon hadirin mengampun dosa atau kesalahan jenazah serta menghalalkan makan minum semasa beliau hidup
  • Mohon hadirin supaya menghubungi keluarga si mati sekiranya si mati ada berhutang yang perlu dilangsaikan

Bahasa badan – di mana tangan anda?

oleh Dr. Supyan Hussin © 2012

Ramai pengucap awam tidak tahu bagaimana menggunakan tangan dengan baik dan berkesan. Pernah anda melihat orang masukkan tangan dalam poket, menggaru sana sini, berpeluk tubuh, menggosok hidup, mengusap rambat, menggosok mata, menarik-narik baju?

Elakkan tangan berjalan ke sana ke mari tanpa tujuan dalam pengucapan awam. Gunakan tangan anda untuk membantu penyampaian anda.

 

Pembukaan dan Penutup ucapan

oleh Dr. Supyan Hussin © 2012

Pembukaan dan penutup ucapan lazimnya mengambil masa yang amat pendek dan ia dilakukan dengan ringkas.

Dalam pembukaan ucapan, anda hanya perlu ucap selamat, wujudkan hubungan mesra anda dengan pendengar, nyatakan tujuan ucapan, dan berikan kerangka ucapan.

Dalam penutup ucapan, sebutkan anda akan akhiri ucapan anda, imbas semula apa yang telah disampaikan, berikan ingatan atau nasihat, dan ucap selamat.