Lanskap bahasa

oleh Dr. Supyan Hussin © 2012

Penceramah yang cemerlang sering mencantikkan lanskap bahasa lisannya dengan menyelitkan pantun, peribahasa, dan petikan kata-kata hikmat, sabda Nabi, ayat-ayat suci, peribahasa, simpulan bahasa, bidalan, perumpamaan, pepatah,  perbilangan, kiasan, tamsil, ibarat, petikan pidato, personafikasi dan hiperbola  atau petikan kata-kata seseorang bagi mengukuhkan hujahnya dalam pidato umum.

Dari sudut yang lain, semua ini menjadi elemen yang menghiburkan hadirin dan menceriakan suasana majlis.

Apa yang penting ialah penggunaan elemen-elemen ini hendaklah tepat dan sesuai dengan apa yang diucapkan dan bukan sebagai penghias kosong semata-mata,

Perbincangan dan contoh lanskap bahasa terdapat dalam Bab 7

Bahasa lisan

oleh Dr. Supyan Hussin © 2012

Bahasa lisan ialah alat yang digunakan bagi menyampaikan maklumat, bertukar pandangan, dan berkomunikasi. Penguasaan sesuatu bahasa lisan dan kemahiran dalam menggunakan bahasa lisan a\ menjadi faktor penting dalam pengucapan awam yang berkesan. Aristotle memperkenalkan terma logos, selain daripada ethos dan pathos, sebagai salah satu faktor penting dalam meningkat imej penceramah.

Penceramah yang mempunyai tahap penguasaan bahasa lisan yang baik sudah pasti akan dapat memikat dan memukau hadirin di samping suaranya yang baik dan kemahirannya dalam berhujah. Sebaliknya seseorang penceramah yang tidak cekap berbahasa lisan akan membosankan majlis kerana menyulitkan hadirin untuk memahami apakah sebenarnya yang ingin disampaikan oleh penceramah. Apatah lagi apabila pemidato cuba menggunakan bahasa asing seperti bahasa Inggeris, bahasa Jepun, atau bahasa Perancis yang tidak dikuasainya dengan baik akan lebih menghampakan hadirin

Baca lagi mengenai dalam Bab 7, bagaimana meningkat kualiti berbahasa